Assalamualaikum,
Didoa'kan kesejahteraan dan keselamatan pada kita bersama,
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Ugama Islam Selangor telah mengarahkan AJK Penaja Surau Cahaya SPK mengadakan mesyuarat pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatan kuasa Surau bagi sesi 2010 -2013 melalui satu surat bertarikh 30 Jun, 2010. Ini merupakan surat kedua JAIS setelah pihak surau Cahaya SPK tidak mengadakan mesyuarat seperti yang diarahkan pada semua masjid dan surau seluruh Selangor.
Bagi Sesi 2010 -2013 , JAIS telah mengadakan sistem pemilihan baru dimana semua ahli kariah perlu didaftarkab terlebih dahulu sebagai ahli kariah. Sehubungan itu, pihak AJK Surau akan menbuat lawatan dari rumah ke rumah bagi melengkapkan' Borang Pendaftaran Anak Kariah. Bagi ahli kariah yang belum berpindah, kami akan masukkan borang ke dalam blog kemudian. namun borang pendaftaran boleh diperolehi dari surau atau mana-mana AJK surau mulai 18 Julai, 2010.
Setiap borang perlu disertakan dengan salinan kad pengenalan.
Pendaftaran adalah terbuka kepada semua penghuni dan bakal penghuni yang akan berpindah pada atau sebelum 2013 dengan
alamat di Cahaya SPK. Borang-borang yang telah lengkap beserta salinan kad pengenalan perlu dihantar pada mana-mana AJK Surau sebelum 29 Julai. 2010.
Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Pencalunan AJK Surau Cahaya SPK akan diadakan pada 1 Ogos, 2010 di Surau Cahaya SPK jam 10.00 pagi. Agenda dan butiran program akan kami maklumkan kemudian.
Bagi pihak AJK Surau, kami memohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan bagi menyokong dan bekerjasama dalam menjayakan majlis ini bagi kita memak'mur dan mengimmarahkan surau kita.
Sila hubungi mana-mana AJK surau atau saya sendiri seperti buitiran di bawah jika perlu maklumat lanjut.
Terima kasih dan Wasallam.
Wan Sulaiman Wan Ahmad
AJK Penaja, Surau Cahaya SPK
No 32, Jalan U9/17A, Cahaya SPK (phase 2A)
019-2792028

