Latest News

in Announcement, on 17th Jul 2010

Pendaftaran Anak Kariah Surau Cahaya SPK

Assalamualaikum,

Didoa’kan kesejahteraan dan keselamatan pada kita bersama,

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Ugama Islam Selangor telah mengarahkan AJK Penaja Surau Cahaya SPK mengadakan mesyuarat pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatan kuasa Surau bagi sesi 2010 -2013 melalui satu surat bertarikh 30 Jun, 2010. Ini merupakan surat kedua JAIS setelah pihak surau Cahaya SPK tidak mengadakan mesyuarat seperti yang diarahkan pada semua masjid dan surau seluruh Selangor.

Bagi Sesi 2010 -2013 , JAIS telah mengadakan sistem pemilihan baru dimana semua ahli kariah perlu didaftarkab terlebih dahulu sebagai ahli kariah. Sehubungan itu, pihak AJK Surau akan menbuat lawatan dari rumah ke rumah bagi melengkapkan’ Borang Pendaftaran Anak Kariah. Bagi ahli kariah yang belum berpindah, kami akan masukkan borang ke dalam blog kemudian. namun borang pendaftaran boleh diperolehi dari surau atau mana-mana AJK surau mulai 18 Julai, 2010.
Setiap borang perlu disertakan dengan salinan kad pengenalan.

Pendaftaran adalah terbuka kepada semua penghuni dan bakal penghuni yang akan berpindah pada atau sebelum 2013 dengan
alamat di Cahaya SPK. Borang-borang yang telah lengkap beserta salinan kad pengenalan perlu dihantar pada mana-mana AJK Surau sebelum 29 Julai. 2010.

Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Pencalunan AJK Surau Cahaya SPK akan diadakan pada 1 Ogos, 2010 di Surau Cahaya SPK jam 10.00 pagi. Agenda dan butiran program akan kami maklumkan kemudian.

Bagi pihak AJK Surau, kami memohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan bagi menyokong dan bekerjasama dalam menjayakan majlis ini bagi kita memak’mur dan mengimmarahkan surau kita.

Sila hubungi mana-mana AJK surau yang tertera dalam topik forum.

Terima kasih dan Wasallam.

in Announcement, on 5th Jul 2010

Ceramah Isra’ Mi’raj Surau Cahaya SPK – Sabtu, 10 Julai

Assalamualaikum,

Muslimin dan Muslimat adalah dijemput untuk menghadiri Ceramah Sempena Israk Mikraj, Surau Cahaya SPK seperti berikut:

Sabtu, 10 Julai 2010
-Solat maghrib
-Ceramah oleh Ustaz Azhar (Tajuk : Isra’ Mi’raj – Perjalanan yang menakjubkan)
-Solat Isya’
-Jamuan

Dijemput muslimin dan muslimat beserta keluarga meramaikan lagi majlis ilmu ini. Seperti biasa sesiapa yang ingin bersedekah sebarang makanan (pot luck) untuk majlis ini bolehlah membawanya ke surau.

Untuk tujuan perancangan dan persediaan majlis, diharap muslimin dan muslimat dapat memberi ‘ response’/RSVP sama ada akan hadir (jumlah bilangan) sebelum Rabu, 7 Julai 2010. Jika sambutan kurang dari 10 orang, majlis ini tidak akan dapat dijalankan. Rujuk topik berkenaan di forum : Program Isra’ Mikraj

Wakil Muslimin dan Muslimah Surau

sekian. terima kasih

Jawatankuasa Pro-Tem
Surau Cahaya SPK

in News, on 30th Jun 2010

Events This Weekend (First week of July).

Event 1 – RA meeting with residents.
Time : Saturday, July 3rd, 2010, 5PM – 7PM
Place : Cahaya SPK Clubhouse
Details : Click Here

Event 2 – Surau Gotong-Royong Cleanup.
Time : Saturday, July 3rd, 2010, 9AM – 11AM
Place : Cahaya SPK Surau
Details : Click Here

in News, on 28th Jun 2010

3rd Residents Meeting

Our next Residents meeting to update status on previously raised issues and highlight new matters will be as follows:

Date : Saturday, July 3rd 2010.
Time : 5:00 PM – 7:00 PM.
Place : Cahaya SPK Clubhouse.

All residents are encouraged to attend to keep up to date with our community current affairs and contribute ideas and energy for a better well being.

More details in the forum at : http://cahayaspk.net/forum/viewtopic.php?f=3&t=324

Clubhouse Progress

Photo Gallery Clubhouse Progress

Events Calendar

July  2010
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
   
  1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31